Wednesday, November 11, 2009

latihan Bingkas Kebayan


Salam.
Kami tak kisah sesiapa sahaja, sama ada kekanak atau dewasa, untuk ikuti latihan. Yuran pun kami tidak kenakan. Cuma kami harap kerjasama ibu bapa / penjaga. Tak elok latihan ini dianggap (@ diambil kesempatan) tempat 'nursery'. Kasihan kami dan kekanak itu.

pantang besar kami, JANGAN tanya bila nak show dan/atau rekomen jadi artis.

Bagi syarikat atau pihak berminat hendakkan tenaga seni kekanak, TOLONGLAH, jangan anggap kami ini kilang pengeluar kekanak. kalau memang pihak tuan/puan selalu perlukan kekanak tetapi tak mampu nak latihkan mereka, tajalah kami atau sesiapa saja yang boleh dan sedia melatihkan kekanak itu. kalau hendak kami latih, kami perlukan tempoh masa 40 kali latihan.

Saturday, October 17, 2009

Tidur dan Teater Kekanak


Biarkan kekanak berehat apabila dia nak berehat. Rehat dan main kekanak akan menjelmakan ilham di luar kemampuan jurulatih dan pengarah.

Kekanak dan Naskhah


Usah langkau utk beri skrip kpd kekanak walaupun dia masih belum boleh membaca. Kita perlu menghargai rasa ingin memiliki dan menerima penghargaan kita kpdnya. Hari ini dia buta huruf tetapi hati dan ingatan tak pernah buta.

Monday, August 10, 2009

Jalan-jalan Di Putrajaya

Pelbagai niat dan ragam manusia dan unggas ke Putrajaya.
Setiap makhluk Allah ada sudut pandangan tersendiri.
dan saya...
Ketika singgah ke percint 8, 9 dan 16 saya jadi terbungkam.
Seperti berada di negeri lain walaupun masyarakatnya berwajah peramah,
berpakaian sopan, murah makan minum di gerai-gerai (kecuali di Alamanda),
murah sewa dewan, setiap pusat kegiatan masyarakat begitu bersih,
ada kolam untuk anak-anak, malah banyak kemudahan.
andainya semua bandar baharu di malaysia seperti di putrajaya
tentunya kita atau pelancong akan berasa selesa dengan kebersihan,
keramahan dan pelbagai keistimewaan lain.
tentunya anak cucu kita tidak terhutang dengan kita sekira
seni bina rumah dan halaman memiliki ciri-ciri melayu dan malaysia.
10082009

Tuesday, July 14, 2009

politik dan parti malaysia

salam sejahtera.
Cuba kita rujuk arkib akhbar kita hingga lani berapa hari yang tiada berita politik?
Cuba kita singgah secawan kopi di kedai-kedai kopi, meja mana yang tak kacau hirup hal politik?
Cuba kita lengguk-lengguk ke langit, di mana kita tak ada bendera parti politik?
Cuba kita tanya berapa catatan, cawan kopi dan bendera parti buat kita lebih bijaksana?
Cuba kita bertanya kita, adakah kita bangga dengan semua ini?

Saturday, June 13, 2009

Cinta Tanah Air Saya (i)

2009 Jun 13. Sabtu

Saya tinggal di perumahan yang sepagar dengan MPAJ. 10 pintu sederet dengan rumah saya. Hanya 4 pintu sahaja keluarga Melayu.
Lani saya suka peluhkan masa saya di tebing Sungai Kerayong di belakang rumah. Tak perlu jogging atau pergi ke GYM. Saya boleh bermandikan peluh dengan berkebun. Nilai kemanusiaan memuncak apabila berbakti kepada tanah. Saya kasihan kepada pekerja yang dikontrakkan memesinkan rumput sepanjang sungai di belakang deretan rumah kami. Sudah banyak kali mereka gagal memotong lalang-lalang yang lebih tinggi daripada saya. Mesin mereka jadi tumpul setiap kali ketamkan cantik tebing sungai sepanjang bahagian MPAJ.
Saya tidak peduli dengan bisikan, apa guna bersihkan di bahagian belakang rumah orang dan membuat kerja orang lain tanpa upah, tanpa rasuah, tanpa izin. Jawab saya mudah sahaja: Ini tanah air saya.
Saya tak akan bakar lalang-lalang itu. Semalam seorang pekerja datang menegur kerana saya menambahkan jerebu di musim jerebu lani. Memang patut dia menegur kerana asap bergumpal-gumpal ke MPAJ.
Tiap kali hujan lebat akan berarak sampah-sarap sepanjang sungai Kerayong. . Ia bertambah busuk apabila bercampur dengan loji air kumbahan di seberang yang dilepaskan sesuka hati.
Lani saya sedang mencari akal untuk bersihkan Sungai Kerayong. Sebab, sungai ini juga urat tanah air saya.